Inilah 15 Azab Bagi Yang meninggalkan Shalat
1.Dicabut keberkatan umurnya,
2.Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya,
3.Allah SWT tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya,
4.Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima),
5.Tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.
6.Dia akan mati dalam keadaan hina,
7.Dia akan mati dalam keadaan lapar,
8.Dia akan mati dalam keadaan dahaga, sehingga jika diberi minum air sebanyak lautan didunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.
9.Kubur akan meghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain,
10.Api akan dinyalakan didalam kuburnya dia akan dibalik-balikan diatas bara api siang dan malam
11.Seekor ular yang besar bernama (Ashsyuja Ul Aqra) akan dilepaskan keatasnya. Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, ”aku Ashsyuja Ul Aqra. Aku diperintahkan tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat zuhur hingga asar, kerana meninggalkan solat asar hingga mahgrib, kerana meninggalkan solat mahgrib hingga isyak, kerana meninggalkan solat isya hingga subuh.”Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan tengelam didalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan didalam kubur sehingga hari kiamat.
12.penghisabannya amat berat,
13.Dia di murkai Allah SWT
14.ia akan dimasukkan kedalam neraka.
15.pada hari kiamat akan datang dalam keadaan pada muka mereka tertulis tiga baris tulisan. Pertama, wahai orang yang mensia-siakan hak Allah SWT. Kedua, wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan Allah SWT. Ketiga, sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan hak Allah SWT, kini putuslah harapan kamu daripada rahmat Allah SWT.